BANJIR: TPM NASIHAT SEMUA NEGERI ADAKAN SOLAT HAJAT

Last Updated on

4

KUALA LUMPUR:  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk setiap negeri menunaikan solat hajat berikutan kes banjir semasa yang melanda Johor, Pahang dan Melaka.

“Saya memohon bantuan JAKIM untuk meminta semua negeri menunaikan solat hajat mulai hari ini dan khususnya bagi solat Jumaat bagi memohon Allah mengurangkan hujan dan banjir,” katanya.

Setakat jam 8 pagi tadi, sebanyak 101 pusat pemindahan telah dibuka menempatkan 10,030 mangsa. — AlHijrah Online

Leave a Reply