BANTUAN KEPADA GOLONGAN MISKIN TEGAR PERLU DISELARAS – MOHD NA’IM
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memudahkan permohonan golongan berkenaan selain mengelakkan kes pertindihan (bantuan).
KUALA LUMPUR: Bantuan kepada golongan miskin tegar perlu diselaraskan bagi memastikan agihan dibuat lebih sistematik, teratur dan berkesan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Mohd Na’im berkata bagi tujuan itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memudahkan permohonan golongan berkenaan selain mengelakkan kes pertindihan (bantuan).
“Dalam konteks ini, kita boleh mempertimbangkan agar DBKL dan JKM bertindak sebagai agensi utama sementara MAIWP sentiasa bersedia untuk membantu dan memberi sokongan,” katanya kepada pemberita semasa menjalankan Program Jejak Gelandangan di Lorong Haji Taib, di sini malam tadi.
Mohd Na’im berkata dengan adanya kerjasama antara MAIWP bersama JKM dan DBKL, beliau percaya lebih banyak rumah transit dapat dibina dan lebih banyak golongan gelandangan boleh diselamatkan.
Sementara itu, Mohd Na’im berkata Program Jejak Gelandangan dijalankan bersama sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan khususnya untuk menyantuni gelandangan dan bekas gelandangan selain merupakan satu pendekatan MAIWP sebagai agensi yang menerima zakat.
“Program ini secara khusus berobjektifkan untuk menimbulkan keinsafan apabila bertemu dengan mereka yang berada dalam kesusahan,” katanya yang meluangkan masa menyantuni rakan jalanan di sekitar ibu negara termasuk di Lorong Haji Taib 2, Medan Tuanku, Segi College, Bangkok Bank, Masjid Jamek dan Masjid Negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager