KERAJAAN TELITI KEWAJARAN TINDAKAN INDONESIA HARAMKAN PENJUALAN BARANG DI TIK TOK – FAHMI
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. – Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata beliau sendiri pernah menerima aduan orang awam yang melahirkan kerisauan jika langkah yang sama diikuti oleh kerajaan, namun pada masa yang sama beberapa gedung besar turut membangkitkan isu berkaitan persaingan harga terhadap produk-produk yang dijual menerusi platfom itu.
“Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menggunakan platform TikTok Shop untuk menjual barang, jadi saya akan minta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan KKD untuk meneliti asas langkah yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia untuk mengekang TikTok Shop.
“Saya rasa pihak TikTok perlu tampil memberikan penjelasan kerana salah satu aduan atau pun asas kenapa TikTok Shop dilarang di Indonesia ialah kerana isu penentuan harga predatori yang berlaku terhadap produk-produk, yang akhirnya memangsakan pengusaha tempatan di Indonesia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Gotong Royong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Pantai Dalam, di sini hari ini.
Selain itu, Fahmi berkata pihak TikTok juga harus memberi penjelasan terhadap kebimbangan ramai berhubung isu perlindungan data peribadi apabila mereka berbelanja di plaftorm tersebut.
“Saya rasa semua media sosial akan meneliti perilaku pengguna, bermula daripada apa yang kita ‘like’, apa yang kita kongsi, apa yang beli dan apa kita tonton.
“Jadi ada beberapa isu di situ yang saya lihat wajar untuk pihak KKD dan MCMC teliti, terutama aspek-aspek kepenggunaan atau perlindungan data peribadi. Oleh itu, dalam masa terdekat saya akan panggil pihak TikTok untuk berbincang,” katanya Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Fahmi berkata perbincangan itu penting kerana pihaknya juga menerima aduan daripada organisasi media berhubung penggunaan media sosial yang menjejaskan operasi imereka.
“Banyak syarikat berbelanja untuk iklan bukan lagi melalui media tetapi menggunakan plaftorm media sosial ini, maka ia memberi kesan kepada media dan saya sangat prihatin isu ini.
“Lagi pun, saya lihat sejak mereka (TikTok) tiada lagi beberapa wakil di Malaysia, kerjasama mereka dengan pihak kerajaan sangat lembap dan saya sangat tidak berpuas hati.
“Contohnya dalam isu dakwaan vaksin bagi virus X telah tular sehingga mencecah 1.5 juta view baru-baru ini, saya terpaksa panggil (telefon) orang TikTok sendiri untuk tanya kerana Kementerian Kesihatan sudah keluarkan penafian, tapi pihak TikTok langsung tidak mengambil apa-apa tindakan,” katanya.
Isnin lepas, Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan mengumumkan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang dalam platform media sosial TikTok yang memberi pendapatan tinggi peniaga dalam talian.
Langkah tersebut yang berkuat kuasa serta-merta dilaporkan diambil bertujuan melindungi peniaga di luar talian dan pasaran kerana harga ditawarkan terlalu murah hingga menjejaskan peniagaan kecil dan sederhana di luar premis.
Selain itu, ia untuk menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan, sekali gus ekosistem perdagangan elektronik yang adil, sihat lagi bermanfaat. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked