TARIK BALIK TAULIAH ABDULLAH KHAIRI SELARAS TITAH SULTAN SELANGOR- MAIS
SHAH ALAM: Isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam melibatkan penceramah Ustaz Abdullah Khairi Haroon dibuat berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
SHAH ALAM: Isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam melibatkan penceramah Ustaz Abdullah Khairi Haroon dibuat berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan berkata titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.
Abdul Aziz berkata tindakan penarikan balik tauliah tersebut dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan pemegang tauliah yang terkesan diberi ruang untuk membuat rayuan kepada MAIS.
“MAIS menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.
“Ini kerana ia dikhuatiri boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Selangor serta mencemarkan agama Islam,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa MAIS menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada pendakwah Ustaz Abdullah Khairi berkuat kuasa pada 27 Sept lalu menerusi perkongsian di media sosial penceramah itu pada 5 Okt lepas.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Okt lepas yang memutuskan pembatalan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam terhadap penceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang telah dikeluarkan oleh MAIS.
Katanya keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu adalah berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat.
“Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini sama sekali tidak menyentuh dan tidak mempersoalkan penarikan balik tauliah atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.
“Justeru, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini masih berkuat kuasa di negeri Selangor,” katanya.
Abdul Aziz menegaskan keputusan MAIS untuk menarik balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ahmad Dusuki itu dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor berdasarkan maklumat tentang status keaktifannya dalam parti politik termasuk tapisan keselamatan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.
“MAIS memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut atas alasan, antara lain, rayuan yang difailkan ini hanya bersifat akademik semata-mata kerana tempoh tauliah mengajar agama Islam Ustaz Ahmad Dusuki telah tamat pada 30 Jun lalu,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager