BANTUAN KHAS RM1,500 UNTUK PENJAWAT AWAM KELANTAN

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bantuan itu akan diberi Januari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

“Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM13 juta dan ia merupakan bantuan tertinggi yang pernah diberikan kerajaan negeri berikutan lebihan belanjawan dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

“Ini adalah sebagai tanda menghargai iltizam dan kesungguhan kakitangan kerajaan yang telah bekerja bersungguh-sungguh dalam memastikan kewangan kita berada pada keadaan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.-AlHijrah Online

Leave a Reply