Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI, WARGA EMAS ANTARA LIMA MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN

DALAM NEGARA

BAYI, WARGA EMAS ANTARA LIMA MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 10.09 pagi itu dikenal pasti sebagai Marcos Marican, 26, Marican@Langkan Legi, 61, Alicesha Bathrish Langi, 24, dan bayi berkenaan, Allesandro Collin Steward.

SIBU: Lima orang termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun dan seorang warga emas, maut dalam satu kemalangan jalan raya di KM64, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini, hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 10.09 pagi itu dikenal pasti sebagai Marcos Marican, 26, Marican@Langkan Legi, 61, Alicesha Bathrish Langi, 24, dan bayi berkenaan, Allesandro Collin Steward.

“Identiti seorang lagi mangsa yang maut, masih belum diperolehi,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau Shukri Ab Rahim, ketika dihubungi hari ini.

Shukri berkata lima orang lagi mangsa terselamat dalam kemalangan itu, yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah kereta Kia Sportage.

“Dua daripada mereka yang terselamat, kedua-duanya lelaki mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Klinik Kesihatan Selangau untuk rawatan lanjut,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading