PUNGGUNG KANAK-KANAK TERCUCUK BESI PAGAR

SUNGAI BESAR: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun tercucuk besi pagar rumah di bahagian punggungnya berkedalaman lebih kurang 6 inci, di Taman Seri Sungai Besar, di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, kejadian berlaku di rumah mangsa kira-kira jam 6.15 petang sebelum pihaknya mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, kejadian disedari oleh jiran mangsa dan semasa kejadian ibu mangsa tiada di rumah.

“Setibanya di lokasi kejadian, kanak-kanak tersebut didapati telah tercucuk besi pagar di bahagian punggungnya.

“Mangsa telah diangkat dan dihantar ke Hospital Sabak Bernam menggunakan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut maklumat dari jiran, mangsa sering bermain di atas pagar sebelum ini.–AlHijrah Online

Leave a Reply