PM SERAH KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK AMBIL TINDAKAN TERHADAP SANUSI
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan sesuai berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang milik Kedah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan sesuai berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang milik Kedah.
Perdana Menteri berkata tindakan Muhammad Sanusi itu perlu dihentikan kerana ia jelas melanggar prinsip Perlembagaan yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.
“Apakah kerana nak gelojoh kuasa pilihan raya, kita korbankan prinsip Perlembagaan dan timbulkan huru-hara? … dan ini yang menyebabkan timbul permasalahan.
“Kita sudah merdeka lebih enam dekad, parti-parti memerintah sama ada UMNO-BN, PAS-PH, sekarang PAS-PN, tidak pernah dibangkitkan (berhubung Kedah dan Pulau Pinang) melainkan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melanggar prinsip Perlembagaan,” kata Anwar pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai tindakan ke atas kenyataan Muhammad Sanusi yang menggesa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan kepada Kedah, yang telah memecah-belahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk negeri Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan dalam negara.
Jelas Perdana Menteri, kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam Malaysia yang berasingan daripada Kedah jelas termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan.
Ia memperuntukkan bahawa Negeri-negeri Persekutuan adalah terdiri daripada Negeri-Negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu, dan Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata Fasal (3) Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan juga telah menjamin kedudukan Perlembagaan Negeri termasuk Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
Justeru Anwar berkata isu itu tidak seharusnya dibangkitkan lebih-lebih lagi Malaysia ketika ini telah mencapai kemerdekaan dan merupakan sebuah negara berdaulat.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan sejarah bahawa Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah sebahagian daripada Kedah sebelum ini, namun ia kemudiannya berubah apabila Inggeris memperoleh Pulau Pinang dan Seberang Perai seperti mana kedudukan Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, kata beliau sejarah Kedah dan Pulau Pinang tidak perlu terus dipolemikkan untuk mengelakkan ia melanggar prinsip perlembagaan.
Terdahulu, sebelum sesi soal jawab bermula, dewan menjadi kecoh seketika apabila Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Beluran (Bersatu-Beluran) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 23 (1) (c) yang mempertikaikan pemilihan soalan nombor satu yang dikemukakan oleh Guan Eng itu.
Bagaimanapun Johari berkata beliau telahpun meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung soalan itu.
Dua lagi wakil rakyat pembangkang iaitu Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) turut bangkit dengan membacakan Peraturan Mesyuarat 23 (1) (b) Peraturan Mesyuarat 36 (6) bagi membantah soalan itu, namun Johari tetap tegas dengan pendirian membenarkan soalan itu dikemukakan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager