Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS PEMAIN BOLA KERANJANG KEBANGSAAN PALESTIN MAUT DI KHAN YUNIS

DUNIA

BEKAS PEMAIN BOLA KERANJANG KEBANGSAAN PALESTIN MAUT DI KHAN YUNIS

Bekas pemain pasukan bola keranjang kebangsaan Palestin dan antara bintang bola keranjang paling menonjol di Gaza, Mohammed Shaalan, 40, ditembak mati pada Selasa oleh tentera Israel di Khan Yunis, selatan Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Sumber: Media Sosial

GAZA: Bekas pemain pasukan bola keranjang kebangsaan Palestin dan antara bintang bola keranjang paling menonjol di Gaza, Mohammed Shaalan, 40, ditembak mati pada Selasa oleh tentera Israel di Khan Yunis, selatan Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Menurut sumber tempatan, Shaalan disasarkan ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan untuk memberi makan kepada anak-anaknya. Beliau sebelum itu berusaha mencari makanan dan ubat untuk anak perempuannya, Mariam, yang menghidap kegagalan buah pinggang dan keracunan darah yang serius, di tengah-tengah rayuan berulang kali untuk mendapatkan bantuan dan akses kepada rawatan.

Shaalan pernah bermain untuk beberapa kelab bola keranjang tempatan dan juga mewakili Palestin sebagai sebahagian daripada pasukan bola keranjang kebangsaan.

Kematian beliau menjadikan jumlah ahli komuniti sukan Palestin yang terbunuh kepada kira-kira 670 orang. Tentera Israel juga telah memusnahkan 288 kemudahan sukan dan pengakap di seluruh Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading