Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS TENTERA TEMBAK KUCING JIRAN DIDENDA RM20,000

DALAM NEGARA

BEKAS TENTERA TEMBAK KUCING JIRAN DIDENDA RM20,000

Seorang bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah menembak seekor kucing jirannya dengan senapang angin.

Gambar hiasan

MELAKA: Seorang bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah menembak seekor kucing jirannya dengan senapang angin tahun lepas.

Aziz Tambi, 63, didakwa melakukan penganiayaan terhadap haiwan dengan menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap kucing milik Amran Majid, 45, dengan cara menembaknya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Mat Lajis, Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah kira-kira 2.30 petang pada 18 Jun 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang membawa hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru.

Peguam Ishak Mohd Kari yang mewakili Aziz bagaimanapun merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh pernah berjasa kepada negara dan menerima pingat penghargaan selain tindakan itu diambil kerana telah lama bersabar dengan jirannya.

Hakim Darmafikri Abu Adam kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar denda. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading