Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CALON SPM NYARIS MAUT AKIBAT LANGGAR POKOK

DALAM NEGARA

CALON SPM NYARIS MAUT AKIBAT LANGGAR POKOK

Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Cheras | Astro Awani
Gambar sekadar hiasan.

KEDAH: Seorang pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nyaris maut dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok di Jalan Dulang, Yan, hari ini.

Mangsa, Muhammad Rahmat Abdullah, 17, memandu kereta Proton Gen 2 bersendirian ketika itu dalam perjalanan dari rumahnya di Sedaka menghala ke Pekan Sungai Limau.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal yang memotong kenderaan dari arah depan dan menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok.

Menurut Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, kereta mangsa melekat pada batang pokok akibat rempuhan yang kuat dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Anggota Bomba dan Penyelamat tiba ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa, dengan memotong pintu dan stereng kereta mangsa.

Shahnaz berkata, mangsa patah tangan kiri serta luka di bahagian dagu. Dia kemudian dihantar ke Hospital Yan untuk mendapatkan rawatan.

Siasatan mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading