Category Archives: RENCANA

Berbohong bukannya menipu

GEMPITA alam siber, kecoh media massa. Bertubi-tubi rakyat digegarkan dengan berita sensasi akibat tindakan beberapa orang pemimpin politik. Isu panas yang menyelubungi cuaca politik tanpa dirancang telah menimbulkan polimik yang berpanjangan. Rakyat turut terjebak dengan isu ciptaan orang-orang yang berfikiran implisit. Emosi dan minda penyokong telah dirobek-robek dengan rakus agar mempercayai satu pihak dan membenci pesaingnya. Dalam sekelip mata, bara

Read more

Kelebihan menyantuni asnaf

BERAPA ramai di antara kita yang benar-benar mengambil berat tentang kesusahan hidup insan lain yang berada di sekeliling kita? Berapa ramai di antara kita yang selalu mendoakan saudara-saudara kita yang diuji dengan bencana, peperangan, dan sebagainya? Sedarkah kita, menyenangkan dan menggembirakan orang lain merupakan antara amalan yang paling disukai Allah? Berdasarkan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Wahai Rasulullah

Read more

Keganasan rumah tangga dan sikap baling baton

SEORANG wanita berusia 55 tahun dari Pulau Pinang menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat. Isunya, sejak 22 tahun berkahwin, dia sering dibelasah suaminya. Mengapa selepas 22 tahun baru berasa takut? Suaminya tidak berkerja dan baru saja berkahwin dengan isteri muda sebulan lalu. Perkahwinan di selatan Thailand. Setelah mengetahui isteri tuanya tidak lagi bekerja sebagai pembantu kantin sejak November lalu kerana cuti

Read more

MENGAPA KITA AKAN GAGAL MENENTANG ZIKA?

Denggi boleh membunuh, tetapi jika sembuh anda akan kembali sihat. Zika pula akan mencacatkan dan menyebabkan kecacatan yang ketara, terutamanya kepada kanak-kanak yang belum lahir. Kita masih tidak imun kepadanya. Oleh itu, ramai berpotensi untuk dijangkiti. Bayangkan semua anak-anak kita yang mungkin cacat akibat virus ini. Saya berharap tajuk di atas menggalakkan anda untuk membaca artikel ini. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pesimis tetapi melihat

Read more

HUKUM GUGUR KANDUNGAN KERANA ZIKA

Pada 14 Mac 2016, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah telah mengeluarkan satu fatwa berhubung hukum menggugurkan janin bagi wanita yang dijangkiti virus Zika.  Fatwa ini telah dikeluarkan sebagai respon kepada seruan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi melonggarkan syarat-syarat bagi membolehkan pengguguran khususnya bagi kes wanita yang disahkan dijangkiti virus Zika. Dalam hal ini, Dar al-Ifta’ memutuskan bahawa pengguguran janin adalah: DIBOLEHKAN bagi

Read more

“Selesai. Saya bergelar Hajjah. Lepas ini apa pula?” CATATAN KEMBARA DHUYUFURRAHMAN 3

​ Semua terasa begitu sekelip mata. Hari ini, saya bergelar hajjah setelah selesai melontar di ketiga-tiga jamrat bagi melengkapkan nafar thani (melontar pada hari-hari tasyrik). Saya hadir sebagai petugas media, merakam peristiwa dan momen yang hadir hanya pada musim haji. Begitu ramai yang saya temui, tidak terakam dek kata-kata, namun kemas tersemat dalam memori saya untuk selamanya. Saya belajar erti

Read more

BENDERA PALESTIN BERKIBAR MEGAH DI SCOTLAND!

  KETIKA PERLAWANAN BOLA SEPAK PLAYOFF LIGA JUARA-JUARA UEFA ANTARA CELTIC FC DARI SCOTLAND DAN HAPOEL BE’ER SHEVA DARI ISRAEL, PENYOKONG CELTIC MENGIBARKAN BENDERA PALESTIN TANDA SOLIDARITI KEPADA NEGARA BERGOLAK ITU.

Read more

UMAT ISLAM WAJIB TUKAR KEPADA SIMPANAN SYARIAH KWSP

8 OGOS 2016 MERUPAKAN TARIKH BERSEJARAH UNTUK KWSP DENGAN PEMBUKAAN PENDAFTARAN SIMPANAN SYARIAH. PERKARA ITU JUGA MERUPAKAN BERITA BAIK KEPADA PENCARUM BERAGAMA ISLAM UNTUK MEMBOLEHKAN MEREKA MENGUBAH CARUMAN KONVENSIONAL KEPADA SISTEM PATUH SYARIAH.

Read more

IKUTI KEMPEN HAJI DI INSTAGRAM TV ALHIJRAH 114

Musim Haji kini tiba lagi, menunaikan ibadah panggilan Baitullah. Tanah Suci Mekah, Al Mukaramah. Suasana Musim Haji bermula hari ini dengan berlepasnya penerbangan pertama MH8000 membawa 489 jemaah ke Madinah. Sebagai Stesen Penyiaran Kandungan Islam Nombor Satu, TV Alhijrah menyediakan laporan terkini suasana Musim Haji tahun ini. Untuk pertama kali, platform media baharu TV Alhijrah mempelopori liputan awal pergerakan jemaah

Read more
« Older Entries Recent Entries »