CGM TEKAD SALUR BANTUAN KECEMASAN HINGGA COVID-19 REDA

KUALA LUMPUR: Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) tekad untuk terus berusaha menyalurkan bantuan kecemasan kepada golongan yang memerlukan sehingga keadaan COVID-19 kembali reda.

Ketua Projek Bantuan Kecemasan COVID-19 CGM, Muhamad Amirul Syafik Radzuan berkata dengan wabak COVID-19 yang semakin mengganas dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak pasti bila akan berakhir, sikap prihatin perlu diteruskan untuk membantu mereka yang memerlukan.

”Jenis barang sumbangan yang diagihkan terdiri daripada keperluan asas seperti beras, biskut, biskut, sardin, tepung, gula, kicap, mi segera, teh, ayam dan telur serta bantuan keperluan seperti susu dan pampers kepada keluarga yang mempunyai anak kecil.

“Selain itu, terdapat tiga projek yang diberikan keutamaan dalam kempen ini iaitu Family Foodbank CGM, 1,000 Bakul Prihatin Pemandu Teksi dan Bakul Makanan Buat Saudara Sabah. CGM telah memfokuskan beberapa lokaliti untuk pengagihan bagi kempen ini iaitu di sekitar Selangor, Perak, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah.

“Oleh itu, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersikap prihatin dan cakna terhadap jiran sekeliling. Ayuh bersama membantu mereka yang memerlukan. Derma daripada dermawan, usaha daripada sukarelawan,” katanya.

Jelasnya anggaran RM10,000 digunakan pada setiap minggu untuk menyalurkan bantuan melalui projek tersebut.

Ujarnya mereka yang ingin membantu CGM menjayakan kempen ini boleh menyumbang terus ke https://ezy.la/foodbankcgm atau salurkan secara terus ke akaun Projek Malaysia, Maybank 550511280101 dengan rujukan Foodbank CGM.

Melalui bantuan dana yang lebih besar, Muhamad Amirul berkata lebih ramai individu dan keluarga terkesan dapat dibantu. – AlHijrah Online

Leave a Reply