KUALA LUMPUR: Rezeki merupakan salah satu rahsia Allah SWT dan hadir dalam pelbagai bentuk yang kadang kala tidak pernah disangka.
Bekas tukang urus jenazah, Ariff Subri berkongsi kisahnya berkaitan rezeki tidak disangka ini.
Menurut Ariff pada peringkat awal usia perkahwinannya dia diuji apabila berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil.
Demi kelangsungan hidup ketika itu, dia pernah bekerja sebagai tukang mandi jenazah di sebuah hospital dengan memperoleh gaji harian.
“Waktu itu memang agak mencabar. Kerja semua alhamdulillah tiada masalah cuma bila balik kadang-kadang anak menangis. Tidak pasti sebab apa,” katanya.
Selepas berhenti kerja sebagai tukang mandi jenazah dia memberanikan diri menceburi bidang perniagaan makanan tambahan yang dimulakannya secara kebetulan.
Katanya makanan tambahan itu pada awalnya dihasilkan untuk anaknya yang jatuh sakit dan tidak gemar makan ubat.
“Pada 2014 anak saya jatuh sakit dan tidak mahu makan ubat yang dibekalkan doktor.
“Saya kemudian cuba menghasilkan gula-gula yang mempunyai bahan-bahan yang baik seperti madu, kismis, dan delima untuk anak makan. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dia suka dan masalah batuk serta pernafasannya dipermudahkan,” katanya.
Dia kemudian berkongsi penghasilannya itu di laman media sosial dan mendapat perhatian yang tidak disangka sehingga tertubuhnya syarikat Al Fateh Alami Sendirian Berhad yang diasaskannya dan menjadi punca rezeki dia dan keluarga.
Menurut Ariff, apabila produk makanan tambahan yang dinamakan Al Fateh Junior itu mendapat reaksi menggalakkan dia kemudian merencanakan strategi perniagaan yang rapi terutama pemasaran produk.
TV AlHijrah menjadi saluran media terawal yang dipilihnya untuk memasarkan produk jualan dan Ariff berkata pengiklanan di stesen televisyen Islam itu memberi impak kepada perkembangan syarikatnya yang kini telah mempunyai lebih 2,000 ejen jualan dan promosi.
“Pada awal peniagaan saya ingat lagi akaun simpanan syarikat ada lebih kurang RM27,000. Dari jumlah itu kami gunakan RM10,000 untuk pemasaran di TV AlHijrah dan alhamdulillah impaknya ketika itu dengan izin Allah saya amat bersyukur.
“Bila kita promosi di program bual bicara Assalamualaikum banyak panggilan masuk selepas itu. Kumpulan saya semua gembira dan kami jadi lebih bersemangat untuk terus mengembangkan perniagaan,” katanya.
Susulan kejayaan itu pelbagai promosi dilakukan syarikat Al Fateh Alami di TV AlHijrah termasuk menjadi penaja utama program bual biaca A Bit With Ebit.
Pada 10 Ogos ini dengan tagline Bangkit Bersama TV Al Hijrah, program Bincang Niaga yang menawarkan pakej-pakej iklan mampu milik kepada para usahawan akan dianjurkan.
Ia bertujuan membantu usahawan untuk mempromosikan produk mereka dan kembali bangkit selepas kebanyakanya terkesan akibat pandemik COVID-19.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests