ANGKA KES HARIAN POSITIF COVID-19 MELEBIHI 20,000

KUALA LUMPUR: Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia hari ini melebihi 20,000 dengan merekodkan 20,596 kes.

Angka jangkitan harian itu paling tinggi pernah direkodkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini 1,203,706.

Selangor kekal penyumbang kes harian tertinggi dengan 8,549 kes, Kuala Lumpur 2,163 kes, Kedah 1,446 kes, Johor 1,300 kes, Sabah 1,062 kes, Pulau Pinang 1,022 kes, Negeri Sembilan 989 kes, Perak 916 kes, dan Kelantan 772 kes.

Sarawak pula merekodkan 759 kes, Melaka 622 kes, Terengganu 501 kes, Pahang 426 kes, Putrajaya 50 kes, Labuan 15 kes dan Perlis 4 kes. – AlHijrah Online

Leave a Reply