TV ALHIJRAH MELANGKAH TAHUN KESEBELAS BERSIARAN

KUALA LUMPUR: Tanggal 1 Muharam setiap tahun merupakan tarikh ulangtahun penubuhan stesen televisyen Islam utama negara TV AlHijrah.

Pada 1 Muharam 1443H bersamaan 10 Ogos ini, TV AlHijrah akan melangkah tahun kesebelas bersiaran.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris berkata, ‘Bangkit Bersama TV AlHijrah’ merupakan tema yang dipilih bagi sambutan ulangtahun kali ini.

“Tema itu dilihat bersesuaian dengan situasi semasa di mana ramai yang mungkin rasa tertekan kerana cabaran hidup dikala pandemik ini.

“Oleh itu sempena sambutan Awal Muharam dan ulangtahun TV AlHijrah ke-11, kami di TV AlHijrah akan menyajikan program-program yang diharap membantu meningkatkan semangat penonton terutama dari sudut rohani,” katanya.

Antara program terawal yang akan disiarkan ialah filem Syukur 21 yang dilakonkan ahli kumpulan Raihan.

Filem yang sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai Islam sebenar itu boleh disaksikan penonton pada 8 Ogos ini jam 9 malam.

Namanzee berkata keesokkan harinya pula program yang dirancang adalah Solidariti Yasin Untuk Malaysia 2.0 pada 9 Ogos 2021 jam 6.30 petang bagi mendoakan kesejahteraan negara.

Program itu diadakan sekali lagi atas sambutan menggalakkan Solidariti Yasin 1.0 pada Hari Arafah yang lalu.

“Kemuncak program Awal Muharam dan ulangtahun TV AlHijrah adalah pada 10 Ogos 2021 bermula jam 7 pagi hingga 4 petang.

“Ia akan dimulakan dengan program Assalamualaikum dan diikuti Go Shop Istimewa Ulang Tahun, Pada Hari Ini 11 Tahun Yang Lalu, My #Qurantime Istimewa Awal Muharam dan #Merisikkhabar,” kata Namanzee.

Tambahnya sempena ulangtahun kali ini, TV AlHijrah akan memperkenalkan slot terbaharu Deen yang disiarkan setiap hari jam 7.30 malam bergenre dakwah seperti Cinta Ilmu, Tawajjuh, Riwayat Akhir Zaman, Ngaji On The Go dan E-Kaunter Netizen.

May be an image of one or more people and text

Bersesuai dengan tema Bangkit Bersama TV AlHijrah, kempen Bincang Niaga akan turut dianjurkan TV AlHijrah bermula 10 Ogos ini dengan menawarkan pelbagai pakej iklan mampu milik untuk membantu para usahawan kembali memulihkan ekonomi yang terkesan akibat pandemik COVID-19. – AlHijrah Online

Leave a Reply