Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 1,016 KES BAHARU DI SINGAPURA MENJADIKAN JUMLAHNYA 10,168 KES

DUNIA

COVID-19: 1,016 KES BAHARU DI SINGAPURA MENJADIKAN JUMLAHNYA 10,168 KES

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura awal hari ini mengesahkan tambahan 1,016 kes jangkitan COVID-19 menjadikan jumlahnya 10,168 kes.

Menurut kementerian itu, majoriti besar adalah mereka dalam kalangan pemegang permit kerja yang mendiami asrama pekerja asing manakala 15 kes membabitkan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

“Kami masih meneliti butiran kes berkenaan dan butiran lanjut akan dikongsi menerusi kenyataan akhbar MOH yang akan dikeluarkan pada malam ini,” menurut kenyataannya di sini.

Sehingga tengah hari 21 April, Singapura mengklasifikasi 7,127 kes dari penghuni asrama, 370 melibatkan pemegang permit kerja yang tidak mendiami asrama, 1,059 kes komuniti dan 569 lagi kes import.

Setakad ini, 839 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan dibenar pulang dari hospital atau fasiliti pengasingan komuniti, 27 dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi manakala 11 meninggal dunia. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading