COVID-19: 11,079 KES DICATATKAN TERTINGGI DALAM SEJARAH

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif COVID-19 harian bagi 13 Julai mencatatkan jumlah tertinggi sepanjang pandemik melanda di Malaysia, iaitu 11,079 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan menerusi Twitter beliau, Selangor sahaja mencatatkan jumlah sebanyak 5,263 kes manakala Kuala Lumpur 1,521 kes.

Sementara itu, Negeri Sembilan turut mencatatkan empat angka kes iaitu 1,033 kes.

Image

Bagi negeri lain, Kedah merekodkan sebanyak 497 kes, Sarawak 472 kes, Johor 406 kes, Perak 329 kes, Melaka 323 kes dan Pahang 321 kes.

Bagi negeri Sabah, kes positif harian di negeri tersebut sebanyak 239 kes, diikuti dengan Pulau Pinang 234 kes, Kelantaan 211 kes, Terengganu 93 kes, Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya 77 kes, WP Labuan 60 kes dan Perlis 0 kes.

—AlHijrah Online

Leave a Reply