Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

52 MAUT DALAM NAHAS KEBAKARAN HOSPITAL COVID-19

DALAM NEGARA

52 MAUT DALAM NAHAS KEBAKARAN HOSPITAL COVID-19

NASSIRIYA: Sekurang-kurangnya 52 maut manakala 22 lagi cedera susulan kebakaran melibatkan sebuah hospital yang merawat pesakit COVID-19 di Iraq, semalam.

Berdasarkan laporan awal, kebakaran maut yang kedua seumpama itu dalam tempoh 3 bulan di Iraq berkemungkinan berpunca daripada letupan tangki oksigen.

Kebakaran mula tercetus di Hospital Al-Hussein, di sini, lewat malam tadi sebelum berjaya dikawal sepenuhnya pasukan pertahanan awam.

Operasi mencari mangsa diteruskan setelah api dikawal, namun asap tebal menyukarkan mereka memasuki beberapa wad yang terbakar.

Menurut pengamal media di lokasi, petugas kesihatan membawa mayat yang rentung keluar dari hospital sementara ramai pesakit mengalami batuk akibat asap.

Jurucakap pihak berkuasa kesihatan tempatan, Haydar al-Zamili, berkata dikhuatiri masih ada mangsa terperangkap dalam bangunan itu.

Difahamkan, wad terbabit boleh menempatkan hingga 70 katil pesakit.

Menurut kenyataan Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi, mesyuarat tergempar dijalankan bersama menteri dan ketua pasukan keselamatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading