COVID-19: 211 KEMATIAN, 1,053 KES ICU

Sumber Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

PUTRAJAYA: Sejumlah 1,053 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara 211 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan setakat 11 Ogos.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes ICU, sebanyak 546 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes positif COVID-19 mencatatkan 20,780 kes dengan 20,765 melibatkan kes tempatan manakala 15 merupakan kes import.

“Sebanyak 17,973 kes sembuh COVID-19 dilaporkan.

“Kes aktif setakat hari ini sebanyak 233,358 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Noor Hisham berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,921 kes diikuti Kuala Lumpur 2,065 kes, Johor 1,693 kes, Kedah 1,534 kes, Sabah 1,514 kes, Pulau Pinang 1,385 kes, Kelantan 1,284 kes dan Negeri Sembilan 1,015 kes.

Selain itu, Perak mencatatkan 828 kes, Melaka 636 kes, Sarawak 634 kes, Terengganu 613 kes, Pahang 585 kes, Putrajaya 41 kes, Perlis 29 kes dan Labuan tiga kes.—AlHijrah Online

Leave a Reply