Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HPSF KESAN WARIS PESAKIT DILANGGAR

DALAM NEGARA

HPSF KESAN WARIS PESAKIT DILANGGAR

MUAR: Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sedang mengesan waris kepada seorang pesakit lelaki yang sedang dirawat di hospital itu selepas mengalami kecederaan parah di kepala, bulan lepas.

Dalam kenyataannya, pesakit tersebut telah dimasukkan ke HPSF pada 15 Julai lalu selepas terlibat dalam kemalangan ketika melintas jalan.

“Mangsa telah dilanggar kira-kira pukul 1 pagi di kawasan Air Hitam Batu 18, Bakri. Sewaktu tiba di HPSF, tiada sebarang pengenalan ditemukan dan mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan lain juga berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata kenyataan tersebut.

Tiada padanan identiti ditemui selepas pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) merujuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi pengesanan padanan identiti pesakit.

Menurutnya, pesakit tersebut kini telah sedar dan berada di Wad 5 HPSF, tetapi masih tidak dapat memberikan sebarang tindak balas.

Bagi mereka yang mengenali pesakit atau kehilangan ahli keluarga, boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Mohd. Fariz Omar di talian 06-956 4179, atau Wad 5 di talian 06-956 4000 sambungan 238.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading