Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 55 KES BAHARU, TIADA KEMATIAN – KP KESIHATAN

DALAM NEGARA

COVID-19: 55 KES BAHARU, TIADA KEMATIAN – KP KESIHATAN

PUTRAJAYA: Kes baharu positif COVID-19 hari ini turun semula kepada dua angka dengan mencatatkan 55 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,353 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes sembuh pula ialah 71 kes melebihi jumlah kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 4,484 kes iaitu 70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Daripada 55 kes baharu yang dilaporkan hari ini, tujuh kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 48 kes, iaitu 24 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini.

Sementara itu, tiada kematian direkodkan menjadikan kes kematian akibat COVID-19 kekal 105 kes. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading