Connect with us

ALHIJRAH NEWS

COVID-19: JANGAN CEPAT LEKA DAN BERPUAS HATI

DALAM NEGARA

COVID-19: JANGAN CEPAT LEKA DAN BERPUAS HATI

KUALA LUMPUR: Rakyat diminta untuk tidak leka dan cepat berpuas hati dengan kejayaan program vaksinasi negara ketika ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah usaha hendaklah diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan terutamanya dengan kemunculan pelbagai varian baharu.

“Kerajaan hendaklah terus berusaha untuk menurunkan kes jangkitan harian COVID-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan segera.

“Menyedari hakikat tersebut, strategi “whole-of-society effort” perlu dipergiatkan dengan naratif komunikasi yang berkesan. Beta mengalualukan usaha Kerajaan dalam memperkasa ‘Agenda Nasional Malaysia Sihat’ dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini,” titahnya pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.

Titah baginda menerusi usaha itu rakyat akan berasa yakin untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan senario COVID-19 sebagai endemik, yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

Baginda turut bertitah seluruh rakyat hendaklah sedar akan bahayanya virus ini, khususnya varian baharu dan juga kemungkinan munculnya pelbagai varian lain pada masa hadapan.

“Justeru, rakyat masih lagi perlu untuk sentiasa menjaga kesihatan diri, mengambil langkah berjaga-jaga dan kekal berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard pada sebilang masa.

“Lebih utama, rakyat hendaklah menentukan diri mereka divaksinasi,” titahnya. – AlHijrah Online

GAMBAR OLEH AFP / JABATAN PENERANGAN / NAZRI RAPAAI


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading