Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA RANGKAP PANTUN NASIHAT AGONG UNTUK AHLI PARLIMEN

DALAM NEGARA

TIGA RANGKAP PANTUN NASIHAT AGONG UNTUK AHLI PARLIMEN

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan ahli Parlimen untuk tidak sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu

Baginda menyeru ahli Parlimen untuk mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik COVID-19 serta membawa kembali sinar kepada rakyat dan negara.

Al-Sultan Abdullah ketika menutup titah ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini turut memberikan pesanan tulus ikhlas kepada semua ahli Parlimen menerusi tiga rangkap pantun.

“Dari Segamat ke Kota Tinggi;
Hajat mulanya ke Kuala Pahang;
Kepada Yang Berhormat ikhlaslah berbakti;
Tidaklah rakyat gusar dan bimbang.

“Kalau memandang langit yang tinggi;
Jangan lupa rumput di bawah;
Bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati;
Martabatkan negara kembali bermaruah.

“Rempah halia digaul diuli;
Buat ramuan nasi kebuli;
Sumpah setia ketaatan diberi;
Pertahankan negara dan ibu pertiwi,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah ratusan surat diterima baginda dari rakyat yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

Jesteru baginda berharap persidangan Parlimen akan menjadi medan untuk isu-isu rakyat dibincangkan. – AlHijrah Online

GAMBAR OLEH AFP / JABATAN PENERANGAN / NAZRI RAPAAI


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading