Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: JANGKITAN ANTARA KOMUNITI, KOREA SELATAN TINGKATKAN KAWALAN

DUNIA

COVID-19: JANGKITAN ANTARA KOMUNITI, KOREA SELATAN TINGKATKAN KAWALAN

SEOUL: Korea Selatan pada Isnin mengesan satu lagi kes COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 30 orang, dengan dua kes terbaru menggesa pihak berkuasa kesihatan berwaspada terhadap penularan jangkitan antara komuniti, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), pesakit terbaru adalah seorang perempuan berusia 68 tahun, antara 29 kes yang diuji positif dijangkiti COVID-19 pada Ahad. 

Suaminya berusia 82 tahun, dipercayai tidak bersentuhan dengan pesakit lain atau berkunjung ke luar negara.

Beliau sukarelawan yang menghantar bungkusan makan tengah hari kepada warga emas yang tinggal bersendirian dan hanya didiagnosis dengan penyakit itu selepas mengunjungi dua buah klinik dan sebuah hospital.

KCDC berkata pihaknya kini menumpukan kepada membendung jangkitan  antara komuniti untuk mengenal pasti bagaimana pasangan itu dijangkiti virus berkenaan.

Korea Selatan turut merancang meningkatkan jumlah ujian COVID-19  dari 5,000 hingga 10,000 setiap hari menjelang akhir bulan ini.

Semua 1,470 hospital di negara itu juga diarah untuk tidak membenarkan kakitangan yang pernah ke Wuhan, China, bekerja selain menjalankan saringan kesihatan terhadap semua yang menjaga pesakit.

Pemantauan terhadap pelajar dari China juga dipertingkatkan.

Penumpang kapal persiaran Jepun yang telah dibenarkan pulang pula diwajibkan menjalani kuarantin selama dua minggu.

Sejak 3 Jan jumlah mereka yang telah diuji dan dikuarantin seramai 408 orang. Sejumlah 8,171 orang lagi telah menjalani saringan kesihatan, 7,333 daripadanya didapati negatif dan sembilan tidak lagi dikuarantin. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading