Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: KERAJAAN TIDAK BERCADANG TETAPKAN SOP KHAS AIDILFITRI

DALAM NEGARA

COVID-19: KERAJAAN TIDAK BERCADANG TETAPKAN SOP KHAS AIDILFITRI

Kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas kepada orang ramai bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19 sempena perayaan Aidilfitri.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KULAI: Kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas kepada orang ramai bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19 sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ini kerana kes jangkitan virus itu di negara ini dilihat masih dalam keadaan terkawal.

“Memang betul kes COVID-19 meningkat, tetapi ia masih dalam keadaan terkawal. 

“Kita tidak perlu panik, walaupun ada peningkatan, kita lihat seperti subvarian Omicron, mungkin ia mudah berjangkit tetapi kes itu (tahap) keterukan adalah sangat rendah,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Dr Zaliha berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya kerajaan bercadang untuk membuat sebarang SOP khas sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun, beliau berkata orang ramai terutama yang mempunyai gejala adalah digalakkan untuk memakai pelitup muka.

Sementara itu, mengenai pelantikan Ketua Pengarah baharu bagi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib esok, beliau berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Bagi menjawab siapa pengganti Tan Sri Dr Noor Hisham saya minta bersabar. Sudah ada nama-nama yang berpotensi untuk menggantikan beliau, dalam masa terdekat saya akan umumkan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading