Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata kali terakhir kenaikan gaji minimum penjawat awam adalah pada 2016 iaitu sebanyak RM1,200.
“Sekarang pada 2023 masih lagi RM1,200, sekiranya dicampur dengan elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM350, imbuhan tetap perumahan RM300, imbuhan tetap perkhidmatan awam mengikut gred masing-masing baru mencapai anggaran RM1,900 jauh daripada sasaran menjelang 2025.
“Kami mencadangkan kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup.
“Bagaimanapun, sekiranya kerajaan tidak mampu, boleh dinaikkan hingga RM1,500 kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan gaji minimum sektor swasta sebanyak RM1,500,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 1 Mei lepas semasa sambutan Hari Pekerja 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sudah sampai masanya penilaian dan kajian semula dibuat terhadap gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.
Sementara itu, seorang penjawat awam Muhammad Shafiq, 36, berkata kenaikan gaji bagi kumpulan bawahan amat wajar kerana kenaikan kos sara hidup sudah tidak relevan dengan gaji RM1,200.
“Kerajaan juga boleh melihat kepada kenaikan elaun yang sedia ada sekiranya tidak mahu menaikkan yang pokok. Bagi kami yang bujang boleh cukup makan, namun bagi mereka yang sudah berumahtangga sememangnya terkesan.
“Ada penjawat awam kumpulan bawahan yang melakukan dua atau tiga kerja bagi menampung perbelanjaan harian dan keperluan asas yang lain,” katanya.
Bagi Eliani Ismail, 37, penjawat awam daripada kumpulan M40 berkata kerajaan juga perlu melihat keperluan kumpulan berkenaan yang turut terkesan dengan ekonomi sekarang.
“Kami antara kumpulan yang membayar cukai menjana pendapatan negara tapi sering kali terlepas pandang dan memang wajar kajian dibuat membabitkan juga kumpulan M40.
“Contohnya nak mohon tadika KEMAS tak layak manakala hantar swasta pula mahal, mungkin kerajaan boleh mewujudkan bantuan khas yang bersasar kepada M40 seperti yang dilakukan kepada B40 kerana kami juga tersepit,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked