Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUACA PANAS: TIADA PENANGGUHAN SESI KULIAH, AKTIVITI LUAR PELAJAR IPT

DALAM NEGARA

CUACA PANAS: TIADA PENANGGUHAN SESI KULIAH, AKTIVITI LUAR PELAJAR IPT

Tiada penangguhan sesi kuliah dan aktiviti luar bagi pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) susulan fenomena cuaca panas ketika ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Tiada penangguhan sesi kuliah dan aktiviti luar bagi pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) susulan fenomena cuaca panas ketika ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata sesi kuliah dan aktiviti luar termasuk sukan akan berjalan seperti biasa dan sebarang keputusan berhubung penangguhan itu akan dibuat berdasarkan keadaan semasa.

“Jika keadaan semakin teruk, mungkin aktiviti luar sahaja (ditangguh), yang lain (seperti sesi kuliah) berjalan seperti biasa.

“Kita bergantung kepada keadaan, seperti aktiviti sukan, pelajar IPT bukanlah wajib dan kegiatan itu pilihan masing-masing, tidak seperti sekolah semuanya diatur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Ria Aidilfitri Veteran UMNO di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada KPT akan menangguhkan sesi kuliah dan aktiviti luar di IPT berikutan cuaca panas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading