Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya pihak pembangkang berhasrat mencabar pentadbiran kerajaan, beliau meminta supaya mereka membawa usul mengenai perkara itu ke parlimen.
BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya pihak pembangkang berhasrat mencabar pentadbiran kerajaan, beliau meminta supaya mereka membawa usul mengenai perkara itu ke parlimen.
Katanya beliau bukanlah seperti Perdana Menteri terdahulu, yang menurutnya memilih mengisytiharkan darurat atau menangguhkan sidang parlimen, sebaliknya beliau sedia ‘bertempur’ di parlimen sekiranya pihak pembangkang mahu mencabar.
“PM (Perdana Menteri) sekarang dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk ‘bertempur’ di parlimen untuk lihat siapa yang ada angka. Kalau mahu dicabar, cabar di parlimen nanti…saya yakin dengan angka…kita (Kerajaan Perpaduan) masih pertahankan (sokongan) 148 Ahli Parlimen.
“Saya sedia bertempur di parlimen sekiranya pihak pembangkang benar-benar mempunyai angka,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di sini hari ini.
Media sosial sebelum ini heboh melaporkan desas-desus mengenai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikatakan telah memiliki cukup Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta pihak yang mendakwa telah memiliki cukup SD untuk mengambil mengambil alih jawatan Perdana Menteri membawa usul mengenainya pada sidang Parlimen akan datang.
“Bawa usul ke parlimen, saya tidak akan mengelak daripada membentangkan usul undi tidak percaya dan saya akan berdepan dengan semua ahli-ahli berhormat untuk selesaikan isu ini, tapi syaratnya, biar ini episod ini berakhir, supaya kita boleh tumpu perhatian kepada pembangunan negara,” katanya.
Sementara itu, Anwar berkata dalam tempoh beberapa bulan lepas ini, hasil negara bertambah kerana keyakinan pelabur terhadap pimpinan dan Kerajaan Perpaduan yang stabil.
“Jangan sabotaj Kerajaan Perpaduan…kita sudah beri ruang, jangan cuba mengganggu gugat pentadbiran sekarang. Kalau enggan henti, kita akan bertindak sewajarnya tanpa tolak ansur,” katanya.
Beliau berkata apa yang dilakukan oleh pimpinan sekarang adalah untuk menghentikan salah laku pimpinan, penyelewengan rasuah dan menggunakan keuntungan ahli keluarga dalam kerajaan sebelum ini.
Terdahulu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijatul Mohd Nor telah hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamed Sabu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked