DAKWAAN BEKAS DOKTOR PELATIH JADI MANGSA BULI, CUBA BUNUH DIRI KES LAMA
Perkongsian seorang bekas doktor pelatih di media sosial yang mendakwa menjadi mangsa buli secara emosi di sebuah hospital kerajaan di Kelantan sehingga menyebabkan berlaku cubaan bunuh diri, adalah kes lama.
KOTA BHARU: Perkongsian seorang bekas doktor pelatih di media sosial yang mendakwa menjadi mangsa buli secara emosi di sebuah hospital kerajaan di Kelantan sehingga menyebabkan berlaku cubaan bunuh diri, adalah kes lama.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes berkenaan yang berlaku pada tahun 2019 itu telah ditutup dan dianggap selesai, kerana dakwaan itu tidak dapat dibuktikan dengan jelas, namun kini ia ditularkan kembali.
“Kita melihat laporan tersebut, ia tidak dinyatakan siapa yang menulis, menyebabkan kita sukar untuk mengenal pasti sama ada pengadu adalah doktor siswazah atau sebaliknya.
“Sekiranya ada laporan yang lebih khusus, kita sentiasa bersedia untuk melakukan siasatan lanjut dan memastikan mereka (mangsa buli) akan mendapat pembelaan sekiranya kejadian benar-benar berlaku,” katanya selepas hadir Majlis Sambutan Hari Asma Sedunia Peringkat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pelancaran Klinik Asma Teruk di HRPZ II, di sini hari ini.
Terdahulu tular di media sosial mengenai perkongsian seorang bekas doktor pelatih yang mendakwa mengalami penderaan emosi, selain dikutuk dan terpaksa bekerja lebih masa walaupun syif sudah tamat sepanjang ditempatkan di Jabatan Pembedahan, di sebuah hospital kerajaan di Pantai Timur.
Menurut perkongsian itu juga, akibat daripada penderaan emosi itu beliau turut melakukan cubaan membunuh diri sebanyak dua kali selain beliau juga telah melaporkan perkara itu kepada Timbalan Pengarah namun tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata JKNK mengadakan perjumpaan secara berkala iaitu sekitar satu hingga tiga kali sebulan untuk mendengar masalah mereka.
“Kita di JKNK, serta jabatan-jabatan dan juga pakar-pakar ingin membantu mereka (doktor pelatih) bagi memastikan mereka menjadi pegawai perubatan yang terbaik. Dan kita juga mempunyai unit kaunseling yang mengalukan kedatangan mereka untuk mendapatkan bantuan sekiranya mereka mempunyai masalah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan kes harian COVID-19 susulan perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
“Setakat ini kes harian COVID-19 di Kelantan berlaku penurunan iaitu sekitar dua digit sahaja selain kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) juga telah berkurang.
“Namun kita tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan selepas Hari Raya baru-baru ini pada tahap satu dan dua selain kita juga masih kekalkan katil untuk pesakit COVID-19 sekitar 300 katil di seluruh negeri dan 30 katil di ICU,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager