Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

N. SEMBILAN REKOD 958 KES HFMD SETAKAT 27 APRIL

DALAM NEGARA

N. SEMBILAN REKOD 958 KES HFMD SETAKAT 27 APRIL

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 958 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negeri ini sejak Januari hingga 27 April lepas.

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 958 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negeri ini sejak Januari hingga 27 April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata bagi minggu epidemik (ME) ke-17, Seremban merekodkan jumlah tertinggi iaitu 81 kes, Port Dickson (16), Tampin (13), Jempol (12), Kuala Pilah (10), Rembau (6) dan Jelebu (1).

“Terdapat 13 wabak HFMD yang masih aktif iaitu lima di Rembau, masing-masing tiga di Port Dickson, dan Jempol manakala satu di Tampin dan Seremban yang kesemuanya melibatkan tadika atau taska serta rumah persendirian.

“Bilangan kes HFMD yang banyak dilaporkan pada tahun ini di negeri ini antara lain kerana pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat-tempat awam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Veerapan berkata ibu bapa atau penjaga juga perlu sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar anak ke sekolah atau tadika jika mengalami gejala HFMD seperti demam, ulser di mulut, lepuh di tangan atau kaki.

Pada 5 Mei lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata terdapat peningkatan ketara kes HFMD dalam negara dengan 22,463 kes dilaporkan hingga ME ke-17/2022 iaitu peningkatan 12.8 kali ganda berbanding ME sama pada 2021 (1,752 kes).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading