DALAM NEGARA
REMAJA OKU MAUT DALAM KEBAKARAN BILIK PANGSAPURI
Mangsa berusia 18 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan melecur pada bahagian belakang badannya di dalam bilik tidur rumahnya.
Mangsa berusia 18 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan melecur pada bahagian belakang badannya di dalam bilik tidur rumahnya.

BAYAN BARU: Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran di sebuah rumah di tingkat lapan Apartment Desa Bayan, di sini, pagi tadi.
Dalam kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, mangsa berusia 18 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan melecur pada bahagian belakang badannya di dalam bilik tidur rumahnya.
Jentera Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dengan bantuan Bomba Seri Balik Pulau bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada jam 8.59 pagi.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah rumah di tingkat lapan terbakar dengan peratusan kemusnahan sebanyak 80 peratus.
“Terdapat seorang mangsa yang juga OKU, semasa ditemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur berkenaan.
“Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap, dan bahagian belakang tubuhnya melecur,” katanya, hari ini.
Punca kejadian masih dalam siasatan sementara mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.—AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Program tersebut menampilkan tiga penceramah dengan tiga modul utama yang merangkumi ibrah dan teladan Nabi Muhammad...
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi waran tangkap bersaling (tindakan bersaling) yang dikeluarkan...
Plaintif mendakwa tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak ketiga untuk mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian,...
Johor pada asalnya tidak termasuk dalam perancangan Operasi Pembenihan Awan (OPA) minggu ini yang memberi tumpuan kepada...
Semua institusi pendidikan di bawah KPM di Melaka serta sekolah di bawah sembilan PPD di Selangor,...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.