Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DBKL, IWK PERIKSA PAIP KUMBAHAN DI LOKASI TANAH MENDAP – DATUK BANDAR

DALAM NEGARA

DBKL, IWK PERIKSA PAIP KUMBAHAN DI LOKASI TANAH MENDAP – DATUK BANDAR

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) telah diminta untuk memeriksa paip kumbahan di lokasi insiden tanah mendap yang berlaku berdekatan Pondok Polis di Jalan Masjid India di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) telah diminta untuk memeriksa paip kumbahan di lokasi insiden tanah mendap yang berlaku berdekatan Pondok Polis di Jalan Masjid India di sini hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata sebagai langkah keselamatan, kawasan kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 pagi tadi itu telah ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air. 

“Kami akan terus bekerjasama erat dengan IWK serta agensi lain bagi memastikan tindakan susulan yang berterusan dan menyeluruh dilaksanakan untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

“Keselamatan dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur ialah keutamaan kami. DBKL akan terus memantau keadaan ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan kejadian tanah mendap itu dilihat berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Suliezmy Affendy Sulaiman berkata perbincangan sedang dilakukan untuk memperluas penutupan jalan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Kejadian tanah mendap itu dipercayai berlaku awal pagi selepas hujan lebat dan ribut pada malam tadi. 

Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini.  — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading