Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INISIATIF #DEMINEGARA AGIH 450K FACEMASK, 15K PPE BUAT PETUGAS PERUBATAN

DALAM NEGARA

INISIATIF #DEMINEGARA AGIH 450K FACEMASK, 15K PPE BUAT PETUGAS PERUBATAN

KUALA LUMPUR: Inisiatif #DEMINEGARA yang dibiayai The Edge Malaysia, disokong MR DIY dan digerakkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perubatan setakat ini mengagihkan 450,000 penutup hidung dan mulut (facemask) kepada petugas perubatan di seluruh negara.

Turut diagihkan adalah 15,000 coverall atau PPE (peralatan perlindungan diri) bagi kegunaan petugas barisan depan di hospital dan klinik kesihatan yang menyaring dan merawat pesakit COVID-19.

Tiga NGO #kitajagakita terbabit adalah Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET), Mercy Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA) turut melancarkan kempen berasingan bagi membantu membekalkan keperluan kelengkapan perubatan di fasiliti kesihatan seluruh negara.

Isu kekurangan PPE adalah isu global memandangkan permintaan tinggi di seluruh dunia akibat penularan COVID-19 yang setakat ini menjangkiti lebih 2.3 juta individu dengan menyebabkan lebih 161,000 kematian di seluruh dunia.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 5,389 kes jangkitan COVID-19 termasuk 84 kes baharu hari ini.

Daripada jumlah itu, 3,197 kes sembuh dan didiscaj daripada hospital dengan 89 kes kematian.

Individu atau syarikat korporat yang ingin menyumbang boleh melayari media sosial Facebook atau Instagram ketiga-tiga NGO terbabit atau rujuk poster lampiran di bawah. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali

Kredit video kepada IMARET/Creative Department Klinik As-Salam & lagu Kuasa Juara (KRU)


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading