Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEPERIKSAAN UPSRA DIBATALKAN – JAWI

DALAM NEGARA

PEPERIKSAAN UPSRA DIBATALKAN – JAWI

KUALA LUMPUR: Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) kendalian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dijadualkan pada 28 September hingga 1 Oktober 2020 dibatalkan ekoran penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata, semua sesi persekolahan Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi Rendah Islam JAWI (SIRAJ) dan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) juga akan mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua murid dan guru terjamin.

Katanya, pembatalan UPSRA tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid-murid kepada ilmu-ilmu diniyah diikuti bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

“Kemenjadian murid-murid di dalam pendidikan ilmu-ilmu diniyah mampu dinilai melalui pelbagai kaedah. Justeru, bagi tujuan ini, JAWI akan menetapkan satu kaedah pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis tersebut.

“JAWI juga merakamkan penghargaan kepada semua guru yang mengambil pelbagai inisiatif dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan kepada lebih kurang 63,000 pelajar di SRA, SIRAJ dan KAFA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Kerajaan membatalkan peperiksaan awam bagi UPSR dan PT3 yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April lalu, sebelum disusuli keputusan JAKIM membatalkan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading