Seorang bapa berusia 47 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Pilah selepas didapati bersalah mendera anak perempuannya berusia 17 tahun pada 23 Jan lepas.
KUALA PILAH: Seorang bapa berusia 47 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah mendera anak perempuannya berusia 17 tahun pada 23 Jan lepas.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas anak kandungnya itu.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap remaja itu menggunakan kerusi plastik, bakul pakaian dan papan seterika dalam kejadian pada 11.45 malam di rumah mereka di Kendong, Rembau.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama, iaitu boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.
Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh berdepan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum iaitu boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan manakala tertuduh diwakili peguam Roslaili Alias.
Sementara itu Roslaili memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum berikutan tertuduh merupakan seorang OKU serta bekerja sebagai mekanik lori dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan selain perlu menanggung anak dicederakan itu serta ibu bapa berusia 70-an.
“Mata kiri tertuduh rosak dan tidak nampak sepenuhnya. Semasa hari kejadian, mangsa dipukul kerana telah menipu serta menimbulkan provokasi dengan menuduh dirogol oleh bapanya. Tertuduh menafikan perkara itu sehingga hilang pertimbangan dan bertindak memukul mangsa.
“Anak perempuannya itu sering keluar bersama teman lelaki dan ada kalanya tidak pulang ke rumah, tertuduh bimbang dengan keselamatan mangsa. Tindakan tersebut juga bertujuan untuk mendidik mangsa. Bagaimanapun tertuduh telah insaf dan berjanji tidak mengulanginya lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Qaiyyum memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran ke atas tertuduh dan menyifatkan sebagai seorang bapa, tertuduh seharusnya tidak menggunakan kekerasan untuk mendidik anaknya itu.
“Kekerasan bukanlah jalan penyelesaian. Tindakan tertuduh berlebihan…jika atas tujuan mendidik, tidak perlu menggunakan senjata seperti bakul, meja seterika dan kerusi plastik yang mana barang tersebut pecah setelah memukul mangsa,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked