PEMPENGARUH DINASIHATI AJAK MASYARAKAT KE ARAH KEBAIKAN KHUSUSNYA AGAMA – MOHD NA’IM
Beliau berkata demikian susulan tular video seorang pempengaruh dan usahawan terkenal yang sedang menjalankan ibadah umrah mengundang perhatian, apabila berlaku pergelutan ketika mahu mencium Hajarul Aswad.
KUALA LUMPUR: Personaliti media sosial dinasihatkan untuk menggunakan pengaruh mereka ke aras kebaikan dan mengelakkan tindakan yang boleh membawa prejudis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata demikian susulan tular video seorang pempengaruh dan usahawan terkenal yang sedang menjalankan ibadah umrah mengundang perhatian, apabila berlaku pergelutan ketika mahu mencium Hajarul Aswad.
“Saya tekankan bahawa mencium Hajarul Aswad itu perkara sunat dan ketika mana dalam keadaan atau suasana di persekitaran tawaf itu berada dalam situasi tenang. Tetapi sekiranya keadaan itu membahayakan keselamatan dan sebagainya boleh membawa aib terbuka kain ihram dan sebagainya, jadi boleh membawa kepada hukum haram ketika itu.
“Oleh kerana hukum ini berbeza mengikut keadaan, jadi saya mengambil kesempatan untuk menasihati khususnya kepada sahabat-sahabat pempengaruh untuk menggunakan pengaruh mereka ke arah kebaikan dan melihat kepada batasan-batasan tertentu khususnya dalam konteks ibadah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini hari ini.
Katanya seorang pempengaruh perlulah mengimbangi perbuatan antara populariti, mengajak atau berniat mengajak masyarakat ke arah kebaikan dan menyebarkan kebenaran tanpa memprejudiskan diri sendiri atau mana-mana pihak apabila menggunakan media sosial.
Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara JAKIM, UTeM dan Uniten itu adalah bagi pelaksanaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran.
Mohd Na’im berkata program kerjasama antara JAKIM-UTeM telah bermula sejak tahun 2017 manakala kerjasama antara JAKIM-Uniten pula telah bermula sejak tahun 2013 lagi dan sehingga kini, Darul Quran JAKIM telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa institusi di seluruh Malaysia.
Sementara itu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyarankan agar mutawif umrah dan haji untuk memberi penjelasan mengenai hukum mengusap atau mengucup hajarul aswad kepada para jemaah masing-masing sebelum berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah itu.
Beliau berkata perkara itu perlu dijelaskan kepada para jemaah bagi memastikan kesempurnaan ibadat yang dikerjakan di Tanah Suci.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked