Dr Muruga yang juga Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata amat menyedikan melihat keadaan pelarian, terutamanya kanak-kanak yang hanya berbekalkan sedikit barang keperluan terpaksa berpisah dengan keluarga untuk menyeberang ke Poland.
DR Muruga berkhidmat sebagai sukarelawan di Stesen Sentral Warsaw selama 11 hari. Sumber gambar- Twitter MyEmbWarsaw
KUALA LUMPUR: Ketika berada di Warsaw, Poland awal bulan ini, Dr Muruga Raj Rajathurai terpanggil untuk menjadi sukarelawan perubatan di pusat perlindungan pelarian Ukraine.
Beliau berkhidmat sebagai sukarelawan di Stesen Sentral Warsaw selama 11 hari, memberi rawatan perubatan kepada beribu-ribu rakyat Ukraine yang menyeberang ke Poland untuk melarikan diri daripada operasi ketenteraan Rusia.
Berkongsi pengalamannya, Dr Muruga berkata disebabkan bimbang dengan keselamatan tiga anaknya dan dua anak abangnya yang menuntut di Universiti Perubatan Warsaw, beliau memutuskan untuk ke Poland pada 3 Mac.
“Selepas memastikan mereka selamat, anak saya cerita ada ramai pelarian Ukraine mula datang ke Stesen Sentral Warsaw untuk mencari perlindungan.
“Jadi saya ambil keputusan untuk berkhidmat sebagai sukarelawan perubatan dari 8 hingga 19 Mac,” kata doktor di sebuah poliklinik di Johor itu kepada Bernama.
Dr Muruga yang juga Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata amat menyedikan melihat keadaan pelarian, terutamanya kanak-kanak yang hanya berbekalkan sedikit barang keperluan terpaksa berpisah dengan keluarga untuk menyeberang ke Poland.
“Keadaan menjadi lebih huru-hara apabila semua lelaki Ukraine berumur 18 hingga 60 tahun dilarang meninggalkan negara mereka buat sementara.
“Ramai meninggalkan Ukraine dan melintasi sempadan untuk mencari perlindungan di Poland dengan meninggalkan bapa, anak lelaki, abang, suami mereka di rumah. Tiada komunikasi antara mereka,” katanya.
Beliau berkata mereka melarikan diri tanpa sebarang dokumen peribadi atau ubat-ubatan yang diperlukan.
“Kebanyakan pelarian alami tekanan dan kebimbangan kerana tidak pasti bila boleh balik semula ke tanah air mereka.
Sekurang-kurangnya 1,000 pelarian menerima rawatan perubatan di pusat itu setiap hari.
Menurut Dr Muruga, sepanjang masa, sukarelawan di pusat itu termasuk beliau dan pasukan perubatannya berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.
“Saya juga tersentuh dengan usaha kemanusiaan dan keprihatinan warga Poland dalam membantu pelarian Ukraine di negara mereka,” katanya yang mewarisi minat bapanya, C. Rajathurai yang juga terlibat dengan aktiviti sosial.
Anak-anaknya turut membantu usaha mengumpul dana untuk pelarian dengan melibatkan diri bersama badan antarabangsa seperti Persatuan Palang Merah.
“Selain itu anak lelaki saya juga membantu mendapat dan mengagihkan makanan setiap hari kepada pelarian,” katanya yang kembali ke Malaysia pada 21 Mac.
Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 1,000 orang awam terbunuh di Ukraine dan 1,650 dilaporkan cedera, manakala lebih 3.67 juta rakyat Ukraine melarikan diri ke negara jiran, sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan pada 24 Februari. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked