Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JIRAN BERTIKAM LIDAH KERANA ANAK DITEGUR MAIN BOLA

DALAM NEGARA

JIRAN BERTIKAM LIDAH KERANA ANAK DITEGUR MAIN BOLA

Tular di media sosial video yang menunjukkan satu pergaduhan melibatkan dua lelaki warga tempatan yang merupakan jiran di kawasan Bandar Sultan Suleiman, Klang Utara.

Tangkap layar video tular.

KLANG: Tular di media sosial video yang menunjukkan satu pergaduhan melibatkan dua lelaki warga tempatan yang merupakan jiran di kawasan Bandar Sultan Suleiman, Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, pihak polis telah menerima laporan polis dari kedua belah pihak.

“Polis telah menerima laporan dari kedua belah pihak dan mereka telah dipanggil serta dirakam keterangan.

“Kejadian berpunca daripada pihak pertama yang menegur anak pihak kedua kerana bermain bola di padang berhampiran rumahnya sehingga mengenai bumbung rumahnya dan mengakibatkan sedikit kerosakan,” katanya, hari ini.

Bagaimanapun, Vijaya berkata kedua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan baik dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (TTL).

Ujarnya, masyarakat dinasihatkan untuk sentiasa menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup berjiran serta tidak mudah menimbulkan perbalahan atau selisih faham antara satu sama lain.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading