Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA ANAK CEO GISBH DIDAKWA KURUNG PEKERJA DI ASRAMA SELAMA SEBULAN

DALAM NEGARA

DUA ANAK CEO GISBH DIDAKWA KURUNG PEKERJA DI ASRAMA SELAMA SEBULAN

Dua ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret di Manjung, hari ini atas pertuduhan mengurung seorang lelaki di sebuah asrama pekerja di Seri Manjung, lima tahun lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

MANJUNG: Dua ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengurung seorang lelaki di sebuah asrama pekerja di Seri Manjung, lima tahun lepas.

Muhammad Suhaiil Nasiruddin, 42, dan Muhammad U’rwah Nasiruddin, 33, yang juga anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua beradik itu didakwa dengan niat bersama secara salah mengurung Muhammad Ikhlas Asy Syuhaimi Ismail, 35, selama sebulan di asrama pekerja pasar raya Ikhwan, Bandar Seri Manjung antara November hingga Disember 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nuranisah Ismah Muhammad Husaini yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nur Shaqira Ibrahim yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan lebih rendah atas alasan mereka sudah berkahwin, bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap serta masing-masing mempunyai 10 dan 14 orang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 serta seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 17 Dis ini untuk sebutan semula kes.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading