Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH MANFAATKAN TEKNOLOGI AI DALAM PENGHASILAN KANDUNGAN DAKWAH

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH MANFAATKAN TEKNOLOGI AI DALAM PENGHASILAN KANDUNGAN DAKWAH

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi perkasa asing dalam kehidupan harian dan ia memberikan banyak kelebihan termasuk dalam dunia penerbitan kandungan dakwah.

Program Jom Dengar Cerita antara yang menggunakan teknologi AI dalam penerbitan kandungan.

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi perkasa asing dalam kehidupan harian dan ia memberikan banyak kelebihan termasuk dalam dunia penerbitan kandungan dakwah.

Manfaat itu digunakan TV AlHijrah sebagai stesen televisyen Islam dalam meningkatkan kualiti penerbitan yang lebih kreatif, segar, dan relevan dengan keperluan penonton masa kini.

Pun begitu, kemudahan itu digunakan dengan penuh hati-hati dan sentiasa disemak semula bagi memastikan ketepatan fakta serta memenuhi nilai-nilai Islam yang menjadi teras utama TV AlHijrah.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, AI merupakan alat yang membantu dalam proses penghasilan kandungan namun bagi perkara yang melibatkan sensitiviti agama dan masyarakat ia masih memerlukan pertimbangan dan peranan kakitangan sebenar.

“Penyelidikan dan semakan menjadi perkara penting dalam proses penerbitan yang menggunakan AI. 

“Proses kerja di TV AlHijrah telah menekankan kandungan yang menggunakan bantuan AI perlu disokong sumber yang sahih, penilaian yang teliti, dan tidak mengelirukan penonton. 

“Adaptasi penggunaan AI dalam kandungan ini penting dalam usaha TV AlHijrah bergerak seiring dengan kemajuan dunia digital dan membantu memperluaskan lagi capaian kandungan Islam kepada masyarakat,” katanya.

Katanya antara program TV AlHijrah yang telah menggunakan teknologi AI dalam penerbitan ialah Projek Bangkit, Jom Dengar Cerita, dan Analisis di mana elemen grafik serta lagu dalam program tersebut dihasilkan dengan bantuan AI.

Menurut Namanzee, kakitangan TV AlHijrah turut telah dihantar untuk mengikuti latihan AI bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam mengaplikasikan teknologi tersebut ketika proses penerbitan.

Pendekatan itu membuktikan komitmen TV AlHijrah memperkasa penyiaran Islam dan menjadi perintis dalam penggunaan AI yang berpandukan tuntutan agama. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading