Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA INDIVIDU TERTIMBUS TANAH RUNTUH DITEMUKAN MAUT

DALAM NEGARA

DUA INDIVIDU TERTIMBUS TANAH RUNTUH DITEMUKAN MAUT

Dua individu yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh menghempap tiga rumah di Kampung Mook, dekat Papar, pagi tadi ditemukan maut, petang ini.

Sumber: BERNAMA

KOTA KINABALU: Dua individu yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh menghempap tiga rumah di Kampung Mook, dekat Papar, pagi tadi ditemukan maut, petang ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua mangsa dijumpai serta berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat selepas hampir empat jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi. Maklumat mangsa belum diperolehi,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, JBPM Sabah menerima laporan mengenai kejadian pada 10.02 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba Penyelamat Papar bergegas ke lokasi terletak sejauh 35 kilometer.

Operasi ditamatkan pada 2.25 petang dan pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading