PM LULUS PERUNTUKAN SEGERA RM10 JUTA BANTU MANGSA BANJIR DI SABAH
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa terjejas banjir di Sabah.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa terjejas banjir di Sabah.
Beliau berkata jumlah itu adalah tambahan kepada RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas di kawasan terlibat.
“Saya sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini.
“Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan.
“Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera,” menurut beliau dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan bagi memastikan setiap keluarga yang terkesan dengan bencana itu segera menerima bantuan.
“Saya menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya.
“Zahirkan semangat kebersamaan dan kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini,” katanya.
Seramai 415 mangsa banjir daripada 113 keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara dan sebuah pusat pemindahan kekal di Sabah setakat 8 pagi ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perkongsian di Facebook berkata fokus utama kerajaan adalah memastikan keselamatan nyawa, kebajikan keluarga yang terjejas dan pemulihan pantas kemudahan asas.
Beliau turut menyeru rakyat di kawasan terlibat banjir khususnya di Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, Johor dan Labuan yang kini berada di bawah amaran ribut petir daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) agar sentiasa berhati-hati dan memantau keadaan cuaca semasa.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang boleh berlaku dengan intensiti tinggi dan jangka masa singkat. Utamakan keselamatan, elakkan kawasan berisiko dan patuhi arahan pihak berkuasa,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.