KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan dua kematian akibat COVID-19 hari ini dengan 120 kes jangkitan baharu, menjadikan keseluruhan 673 kes wabak itu di negara ini, demikian menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM dalam kenyataan di sini berkata, dua kematian COVID-19 (Kes ke-178 dan kes ke-358) itu dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM pada hari ini.
“Kes ke-178 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling tempoh hari.
“Beliau mula mengalami gelaja demam mulai 5 Mac 2020. Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19.
“Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020,” kata kenyataan KKM.
KKM berkata kes 358 pula merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik.
“Beliau mula mengalami gelaja demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac 2020.
“Beliau telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020,” kata kenyataan itu.
Sehingga jam 12 tengah hari tadi, terdapat 120 kes baharu telah dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 673 kes.
“Berdasarkan siasatan awal, daripada 120 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
“Sehingga kini, seramai 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” kata KKM.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344) berkuatkuasa esok hingga 31 Mac depan.
“KKM ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia mengambil tindakan drastik ini untuk mengekang penularan COVID-19 dengan cara menghadkan pergerakan orang ramai,” kata kenyataan itu.
KKM juga memaklumkan bahawa terdapat tujuh kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah 49 kes,” kata kenyataan KKM itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests