Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAIS TUTUP OPERASI SEJAJAR PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

DALAM NEGARA

MAIS TUTUP OPERASI SEJAJAR PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menutup operasi bermula esok hingga 31 Mac 2020, kecuali Operasi di Baitul Iman, Baitul Ehsan dan Baitul Islah, Bahagian Pemulihan Ar-Riqab selaras Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa esok.

MAIS dalam kenyataan hari ini berkata, orang ramai bagaimanapun masih boleh berurusan melalui laman web http://www.mais.gov.my untuk pelbagai perkhidmatan atas talian disediakan MAIS.

“Perkhidmatan atas talian (online) yang disediakan melalui laman web rasmi MAIS ialah e-aduan, Permohonan Wasiat Online, Katalog Hartanah MAIS, Sumbangan Sedekah, Bayaran Premis/Tanah Baitulmal, Sewa Hartanah MAIS.

“Bayaran Utiliti Premis MAIS, Bayaran Tebus Pusaka, Sumbangan Saham Wakaf Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Penyerahan Wang Tidak Patuh Syariah dan Penyerahan Wang Orang Berhutang,” kata kenyataan MAIS di sini.

Kenyataan itu berkata, orang ramai digalakkan bersama MAIS melalui Facebook: Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram: mais_officialhq.

“Memudahkan urusan orang Islam adalah menjadi keutamaan MAIS, oleh itu teruslah berurusan melalui perkhidmatan atas talian di samping mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan ini,” kata MAIS. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading