Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LZS HADKAN OPERASI, AGIHAN BANTUAN ASNAF DITERUSKAN

DALAM NEGARA

LZS HADKAN OPERASI, AGIHAN BANTUAN ASNAF DITERUSKAN

KUALA LUMPUR: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan mengehadkan operasi di ibu pejabat dan sebahagian cawangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan Kerajaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang berkuatkuasa esok hingga 31 Mac 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M.Yusop bagaimanapun berkata, permohonan bantuan zakat termasuk pengambilan dan penyerahan borang permohonan boleh dibuat di 13 cawangan LZS meliputi sembilan daerah yang
tetap beroperasi dari jam 10 pagi hingga 3 petang sepanjang tempoh perintah kawalan itu.

Katanya, cawangan terbabit ialah Cawangan ALAMi Seksyen 13 Shah Alam, Subang Jaya, Masjid Kota Damansara, Kompleks MAIS Klang, Banting, Bandar Baru Salak Tinggi, Bangi, Ampang, Selayang, Taman Melawati, Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor dan Cawangan Sungai Besar.

“Penutupan operasi LZS tidak akan menjejaskan agihan bantuan bulanan dan asnaf sedia ada akan tetap menerima bantuan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang ingin membuat semakan bantuan dan cetakan penyata bayaran zakat boleh layari https://ezo.zakatselangor.com.my.

Manakala pembayaran zakat boleh dilakukan melalui transaksi atas talian di https://fpx.zakatselangor.com.my atau menerusi perbankan internet. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading