Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KADAR ZAKAT FITRAH DI SELANGOR RM7, RM15 DAN RM22

DALAM NEGARA

KADAR ZAKAT FITRAH DI SELANGOR RM7, RM15 DAN RM22

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan itu berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis dimakan kebanyakan orang Islam di Selangor, pada kadar timbangan satu gantang bersamaan 2.6 kilogram.

Gambar FAIL

SHAH ALAM: Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan itu berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis dimakan kebanyakan orang Islam di Selangor, pada kadar timbangan satu gantang bersamaan 2.6 kilogram.

“Kadar zakat fitrah RM7 seorang ditetapkan untuk umat Islam yang menjadikan beras putih tempatan dan beras putih import sebagai makanan harian. Ini merupakan kadar minimum wajib seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

“Bagi kadar RM15 seorang, ia ditetapkan untuk mereka yang menjadikan, beras perang, beras pulut, beras wangi dan beras merah sebagai makanan harian. Sementara itu, kadar RM22 seorang pula adalah bagi mereka yang menjadikan herba poni, beras basmathi dan beras Jepun sebagai makanan ruji,” kata kenyataan LZS hari ini.

LZS turut menggunakan kupon fitrah berwarna bagi memudahkan pembayaran mengikut kadar yang ditetapkan iaitu Kupon hijau mewakili kadar RM7, kupon merah bagi RM15 dan kupon oren untuk RM22, selaras dengan jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat.

Bagi memudahkan pembayaran, LZS memperkenalkan kupon fitrah berwarna mengikut kadar ditetapkan iaitu hijau mewakili kadar RM7, merah (RM15) dan jingga (RM22).

LZS berkata sebanyak 2,836 Penolong Amil Fitrah (PAF) dilantik bagi melancarkan urusan kutipan zakat fitrah tahun ini.

Pembayaran juga boleh dilakukan melalui 18 Penolong Amil di institusi pengajian tinggi (IPT) dan 97 maahad tahfiz serta sekolah agama swasta di Selangor, dengan orang ramai diingatkan untuk menunaikan ibadah berkenaan kepada PAF bertauliah dan dilantik LZS. 

LZS menggalakkan umat Islam di Selangor membayar zakat fitrah lebih awal bagi memudahkan agihan kepada golongan memerlukan, selain menyarankan mereka yang memenuhi syarat supaya turut menunaikan zakat pendapatan, zakat emas, zakat perniagaan dan sebagainya.

“LZS menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian sebagai saluran alternatif kepada masyarakat Islam antaraya melalui EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my, perbankan internet, portal MyEg, Pos Online serta aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost,” menurut kenyataan itu.

LZS juga memaklumkan 19 cawangan agensi itu di seluruh Selangor beroperasi setiap hari termasuk pada cuti umum sepanjang Ramadan bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja dan 9 pagi hingga 3 petang pada hujung minggu serta cuti umum. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading