DUA KERETA TERPERANGKAP, TENGGELAM DALAM BANJIR

KUALA LUMPUR: Dua buah kereta terperangkap sebelum ditenggelami banjir di Jalan Chan Sow Lin, di ibu negara, malam ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.52 malam sebelum menghantar jentera bersama anggotanya ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat kenderaan jenis Perodua Axia dan Subaru XV telah ditelenggami banjir sedalam 1 meter.

“Bagaimanapun mangsa telah keluar dari kenderaan dengan sendiri sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi mengeluarkan kenderaan daripada banjir selesai pada jam 8.20 malam tadi.–AlHijrah Online

Leave a Reply