TIGA PENGHUNI CEDERA, BUMBUNG ASRAMA WISMA ANAK YATIM RUNTUH
Sebaik pihak bomba tiba, mereka mendapati tiga kanak-kanak perempuan berusia lapan, 10 dan 13 tahun mengalami kecederaan akibat dihempap bumbung dalam bilik asrama dan mereka berjaya dibawa keluar oleh dua warden serta rakan.
GEORGE TOWN: Tiga penghuni di Wisma Anak Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland di sini mengalami kecederaan selepas bumbung bangunan di bilik asrama runtuh dalam kejadian malam ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihak bomba menerima laporan pada 9.42 malam bahawa berlaku runtuhan di wisma yang menempatkan 30 penghuni berusia tujuh hingga 18 tahun itu.
“Sebaik pihak bomba tiba, mereka mendapati tiga kanak-kanak perempuan berusia lapan, 10 dan 13 tahun mengalami kecederaan akibat dihempap bumbung dalam bilik asrama dan mereka berjaya dibawa keluar oleh dua warden serta rakan.
“Pihak bomba membawa mangsa ke Hospital Pulau Pinang dan berdasarkan pemeriksaan awal, mereka berada dalam keadaan stabil namun doktor akan menjalankan rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa berusia lapan tahun cedera ringan manakala yang berumur 10 tahun mengadu sakit di bahagian tengkuk dan seorang lagi di bahagian belakang badan.
Soffian berkata semasa kejadian, kesemua mangsa berada di dalam bilik asrama manakala penghuni lain sedang mengikuti kelas tuisyen, mengulang kaji pelajaran, berehat dan makan.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati sebahagian bumbung di atas bilik berkeluasan 185 meter persegi itu runtuh sebelum menghempap mangsa dan pihak polis bersama bomba telah memutuskan untuk menutup wisma tersebut buat sementara waktu.
“Setakat ini, kejadian tersebut tiada unsur khianat namun kami akan menjalankan siasatan terperinci,” katanya sambil menambah penghuni lain akan ditempatkan buat sementara waktu di Wisma Anak Yatim Lelaki Islam Pulau Pinang yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.
Soffian juga berkata sembilan penghuni yang selamat akan menduduki peperiksan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia esok.
Yang Dipertua Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang Tan Sri Mohd Yussof Latiff pula berkata beliau terkejut dengan kejadian itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang tampil menyelamatkan penghuni asrama terbabit.
“Bangunan asrama itu telah beroperasi sejak tahun 1984 dan berada dalam keadaan baik, ia pernah dibaiki dan diubah suai beberapa kali sebelum ini,” katanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests