Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT DALAM NAHAS MYVI REMPUH LORI KONTENA

DALAM NEGARA

DUA MAUT DALAM NAHAS MYVI REMPUH LORI KONTENA

Seorang lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori kontena yang parkir di bahu jalan di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, awal pagi tadi.

AMPANG: Seorang lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori kontena yang parkir di bahu jalan di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.04 pagi berhubung kejadian sebelum mengerahkan 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang ke lokasi kejadian.

“Laporan awal kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa melanggar belakang lori kontena terbabit yang parkir di bahu jalan.

“Mangsa tersepit di ruang hadapan kereta di mana mereka mengalami kecederaan parah dibawa keluar bomba pada jam 3.50 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikeluarkan anggota bomba pada jam 3.50 pagi menggunakan peralatan khas.

Mangsa berusia 33 dan 42 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading